Skip to main content

SUAMIKU BERMATA BIRU



Mari Kita review buku cik Evelyn Rose Kita, SBB lah senang, malas taip panjang-panjang 😆

Buku keluar 2017 masa PBAKL. Buku sold out. Sudah nya aku beli kat kedai Karya Seni je kat BTHO nun... (nyambil aku kena kerja area situ).

Dah beli, nak baca pulak kena ambil mood. 

Tapi bila dah baca -dalam suku kot - oh rasa sangat frust. Aku tak sudah2 bandingkan dengan 13 Jam A380. Sorry cik penulis. 

Baca buku ni macam baca journal. Journal bangunan jimat tenaga, journal kelas-kelas di eropah, journal bangsa di eropah, journal lokasi kejadian dan macam-macam lagi 🤣🤣🤣

Malangnya journal tu tak menarik, bukan sahaja langkau berbaris-baris, mungkin langkau berpage-page?? 😅

Lagi satu, antara dialog masih boleh lagi selitkan journal... I don't know why hahaha adakah penulis terbawa-bawa dengan mood penulisan thesis beliau? 

Di pengakhiran cerita, sudahnya aku tak tau dia nak cerita tentang apa. Adakah hanya nak bagi tau suaminya bermata biru semata? Tiada pengakhiran penerimaan ibunya di Malaysia tentang perkahwinan senyap2 heroin. Serius rasa tergantung. 

Oppsss nama watak pun aku tak cakap 
Ok heroin nama Irina and hero nama James Howard. Gaya penceritaan sama macam yang kat atas hehehe. 

Irina sedang meyambung phd and sedang tulis thesis. Dalam kesibukan tu, terjumpa dengan James Howard. ON sekejap lepas tu putus. Lepas one year they met again. Lepas tu serius and diorang kahwin rahsia. Only Irina's father knows about it. So aku expect dia akan cerita how they meet the mother. How they face n terus terang dgn family Irina. 

Tapi tiada, mungkin ada SBB2 kot 🤷

So itu je review - aku cuma boleh bagi ️ sahaja. Maaf penulis. 

Ps: letak gambar awan senang masa ni tengah fly

Comments

Popular posts from this blog

MEMORI INARA - SARA AISHA Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku. Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni. Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER. Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄 Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagila...

Selepas berkabung???

Lama giler aku tak jenguk blog aku, penuh ngan sarang labah2...  Nasib baik la ingt lagi password, tu pun lepas beberapa Kali cubaan - tak kira la pulak hahah. Mcm biasa hari ni aku menghadap kerja yang tak pernah habis, balik rumah di kala matahari dah tenggelam. Sampai bila la nak habis rutin yang membosankan. 10/1/2014 - Azam tahun baru masih lagi gagal iaitu BALIK ONTIME huhu. Bantai kena gelak je ngn Bos aku bila aku bg tau dia Azam tahun baru aku. Haihhhh.... (Keluhan lagi) nasib baik aku ada novel yang bertimbun. Dapat la aku berangan sambil2 hilangkan kebosanan rutin aku hehe. Mcm nak review novel la pulak kihkih. Akan datang!!!! 

Kenapa Sekarang

Positive again!!! Ya Allah aku belum bersedia. Sungguh2 belum bersedia.... Tapi aku tahu Engkau maha mengetahui atas segalanya. Aku masih berusaha.... Berusaha untuk terima ketetapan Mu ya Allah. Tapi aku insan yang lemah, masih belum mahu redha. Masih ada persoalan "kenapa sekarang?"Susah betul nak pujuk hati. Susah, hingga aku menangis berhari-hari. Masih memikir yang bagai-bagai, yang aneh-aneh, yang bukan-bukan. Kini aku bergantung sepenuhnya pada diri aku. Bergantung sepenuhnya untuk memujuk hati, untuk memujuk tangis yang seperti tidak mahu berhenti. Masih bermain-main mahu menyimpan atau melepaskannya? Ya Allah, bantulah aku menerima segala ketentuan Mu. Aku tidak mahu jadi hamba yang ingkar pada Mu dan suami.