Positive again!!! Ya Allah aku belum bersedia. Sungguh2 belum bersedia.... Tapi aku tahu Engkau maha mengetahui atas segalanya. Aku masih berusaha.... Berusaha untuk terima ketetapan Mu ya Allah. Tapi aku insan yang lemah, masih belum mahu redha. Masih ada persoalan "kenapa sekarang?"Susah betul nak pujuk hati. Susah, hingga aku menangis berhari-hari. Masih memikir yang bagai-bagai, yang aneh-aneh, yang bukan-bukan. Kini aku bergantung sepenuhnya pada diri aku. Bergantung sepenuhnya untuk memujuk hati, untuk memujuk tangis yang seperti tidak mahu berhenti. Masih bermain-main mahu menyimpan atau melepaskannya? Ya Allah, bantulah aku menerima segala ketentuan Mu. Aku tidak mahu jadi hamba yang ingkar pada Mu dan suami.
MEMORI INARA - SARA AISHA Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku. Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni. Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER. Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄 Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagila...
Comments
Post a Comment