MEMORI INARA - SARA AISHA Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku. Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni. Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER. Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄 Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagila...
Isi masa bosan tuan empunya blog