
MEMORI INARA - SARA AISHA
Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku.
Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni.
Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER.
Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄
Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagilah. Tak daya la hakak nak listkan semua hehehe.
Tajuk buku adalah menggambarkan cerita yang ingin disampaikan iaitu tentang Memori Inara. Memori dalam konteks bukan berkenaan mengenang kisah lalu tapi adalah daya ingatan Inara. Ye lah, kalau letak tajuk daya ingatan skema sangat la pulak 😁.
Inara seorang instafamous yang energetic, mempunyai business fesyen yang berjaya namun hilang ingatan selepas satu kejadian yang dengan peminat fanatiknya. Selepas kejadian tersebut, Inara sedar dari koma dengan sebahagian ingatan/memori dia hilang. Hanya mampu mengingat memori ketika dirinya menjadi tunang kepada orang lain (masa ni dah tak ingat nama dia) hahaha ketika dirinya sebagai Inara lama, ketika dirinya seorang yang ceria. Situasi yang terpaksa dihadapi oleh Inara sangat berbeza dengan Inara lama. Baju-baju yang gelap sungguh bukan dirinya. Tambahan lagi dengan dirinya yang bersuami bukan dengan tunangannya.
Setiap hari suaminya terpaksa menceritakan status mereka, namun Inara tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya berkahwin dengan Gibran Lutfi. Dan dia merasakan dia berkahwin dengan orang yang tidak dikenali yang mempunyai agenda terhadap dirinya. Kalau korang fikir, novel ini akan memberi plot si suami akan memikat hati si isteri dengan seromantik yang boleh, tenyata korang silap. Tidak ada aksi romantik klise dalam novel ni hokkey!!! Memori Inara menceritakan bagaimana Inara cuba mencari memori yang terpadam dalam kotak ingatannya dan juga kesungguhan Gibran Lutfi meyakinkan mereka berkahwin atas persetujuan bersama dan sentiasa mengulang bahawa mereka sebenarnya pasangan bercinta. Melihat Gibran dan Ibu Inara seperti merahsiakan perkara sebenar membuatkan Inara dan pembaca (hehehe) tertanya seperti ada perkara yang disembunyikan. Inara mula bermimpi kisah-kisah aneh. Bermimpi dirinya yang berlawan dengan perempuan misteri. Bermimpi perkara ngeri. Inara mula mencari jawapan. Menyelesaikan masalahnya umpama menyusun puzzle, kepingan dari mimpi, kepingan dari info sahabat disusun untuk menyelesaikan masalahnya.
Plot cantik, setiap berita yang kita mahukan muncul dalam masa yang sesuai. Konflik yang wujud antara Inara, Gibran dan Ibu. apa yang diselindungkan. Apa yang dirancangkan? Semua tersusun dengan sangat cantik dan menarik.
Membaca Memori Inara buatkan kita rasa kita dalam panggung wayang yang boleh nampak semua terjadi. Walaupun bukan novel seram, kelibat wanita berbaju merah agak menyeramkan. Dan sesungguhnya aku rasa seram dan takut. Dah aku start fikir, apa nak buat cerita hantu ke pulak??? Tapi bila dah habis baca, rasa cam bongok, sah-sah jalan cerita tak dak pasal hantu hahahah.
So, kepada pembaca-pembaca yang senantiasa skeptikal dengan novel melayu yang kengkonon klise, boleh g beli Memori Inara dan korang boleh rate level ke'klise'an novel ni.
Hakak bagi 5 bintang kat novel ni hehehe
So, kepada pembaca-pembaca yang senantiasa skeptikal dengan novel melayu yang kengkonon klise, boleh g beli Memori Inara dan korang boleh rate level ke'klise'an novel ni.
Hakak bagi 5 bintang kat novel ni hehehe
Comments
Post a Comment