AKU LELALKIMU
Now aku nak cerita pasal AL.
Tajuk walaupun cliche, cerita dia memang tak cliche langsung.
Best Novel 2017 - lama dah baca buku ni. Antara buku yang wajib review sebab sangat best tak terkata. Bila baca buku ni, aku duk rasa aku la heroin tu (ahaks)
Ayat yang menyampaikan ilmu pengetahuan tentang psikopat tidak bosan dan kita rasa nak baca untuk apa itu psikopat, kenapa jadi macam tu, apa trending orang-orang psikopat. Bagi aku olahan penulis menyampaikan ayat ilmiah itu sangat baik kalau aku sanggup baca part info tanpa skip walaupun sebaris ayat.
Kisah bermula sejak 12 tahun yang lalu dan pemberitahuan kisah 12 tahun yang lalu sangat baik.
Tihani Rose - menjadi wartawan kerana ingin menyiasat kes kakaknya.
Alexandar Aryan - penulis novel psikopat sementelah dia juga adalah seorang psikopat.
Tihani kehilangan kakaknya yang telah diculik dan terus tidak dijumpai. Kembali ke Malaysia bekerja sebagai wartawan jenayah dan sentiasa memberi liputan kes-kes seperti kakaknya.
Alex pula penulis dari Malaysia tetapi base di NY. Kembali ke Malaysia untuk mempromosikan novel terbarunya.
Kisah kematian dengan pattern yang sama menyebabkan Alex stay di Malaysia ditambah pula PDRM juga melantik Alex sebagai konsultan jenayah.
Tihani as wartawan, seharusnya kes kematian yang sama pattern dijadikan tajuk utama. Tanpa dia sedar bahawa, dialah target pemangsa psikopat tersebut. Kisah terbongkar sedikit demi sedikit dengan baik sehingga membawa kepada kisah 12 tahun lalu yang mana watak utama pada masa tersebut Tihani, White Killer dan Alex. Walaupun pada masa itu Alex hanyalah seorang lelaki tanpa nama.
Bagaimana mereka bersatu menentang White Killer memang mendebarkan.
Scene lawan-lawan memang macam dalam filem. Ayat yang menerangkan situasi, latar belakang kejadian wahhhhh memang jelas sampai ko pun terbayang. Baca part mata yang kena korek tu aduhai... terbayang-bayang muka Tihani terkejut.
Buku ni memang betul-betul buka mata tentang psikopat.Kalau sebelum ni kita pikir, kenapa la ada manusia yang sanggup buat macam ni macam tu, tapi bila kita faham tentang psikopat, then kita akan cuba lebih faham mereka. Masa baca ni, aku berdoa semoga aku dan kawan-kawan aku dijauhkan dengan golongon penjenayah psiko.
Buku ni kalau ada 15 bintang, 15 bintang aku bagi.
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Comments
Post a Comment