I'M NOT A MONSTER
Hello hello.... eh
ada ke pembaca, rasanya blog ni tak ada pembaca sebab lebih kepada aku isi masa
lapang kehkehkeh
INAM - another book
from Sara Aisha.
Nak declare la ye....
aku ni dah jadi peminat sara aisha 🤗🤗
Sebab apa? Sebab Chan
Rak Ter, sebab Salju Kyoto, sebab Aku Lelakimu hehehe and now INAM.
Hero - Ryu
Heroin - Maya
Ryu - A kongsi gelap
guy yang suci, maksud suci ialah dia tidak pernah membunuh. Sentiasa dilindungi
Luo Ming.
Maya - A girl dari
keturunan kongsi gelap tapi tidak mahu masuk ke lembah kongsi gelap.
Pertemuan Maya and
Ryu pada malam durjana - Kalau durjana mesti korang ingat malam kena rogol
kannnn??? Hahahaha tapi itu cliche. Malam durjana ialah malam ibu Maya dibunuh
oleh Zachary Ho ayahnya sendiri yang merupakan seorang Cho Kun. Ibunya dibunuh
kerana Zachary Ho bengang sebab berjaya sorok Maya selama 30tahun. Selepas
pembunuhan ibunya, Maya melarikan diri dan terserempak dengan Ryu yang juga
sedang melarikan diri dari kongsi gelap lawan.
Ryu selamat kan Maya,
dan kemudian Maya memutuskan untuk tinggal dengan Ryu dan berlakon menjadi
perempuan bisu. Baginya tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat,
disebabkan Ryu kongsi gelap, jadi mustahil ayahnya akan cari Maya di rumah
kongsi gelap.
Selepas setahun,
Zachary Ho telah menyebabkan Ryu menjadi pembunuh dan mula menjadi anjing
Zachary Ho. Selepas setahun Zachary Ho mengarahkan Ryu mencari anaknya May. Ryu
berang rupanya May adalah Maya, berang ditipu hidup2.
Tapi Kalau dah cinta,
berang tu sekejap sahaja hahaha. Episod melarikan diri sudah bermula. Episod AK
juga muncul 😍😍😍
Perjalanan sehingga
penyatuan mereka tidak berhenti setakat berkahwin tetapi sehingga mereka
melepaskan diri dari perasaan bersalah. Bila dah nak masuk part masuk penjara, punya la aku doa, tolong la buku ni jangan sampai buku ni habis sampai perpisahan masuk penjara, biarla habis lepas bebas dari penjara hahaha. Rasa macam tak leh terima hakikat kalau habis masa Ryu masuk penjara je.
Part aksi - jangan
disangkal lagi, memang ko rasa macam citer kongsi gelap. Kadang2 duk bayang
cite kongsi gelap hong kong dan asyik nampak muka Cheng Ekin jek hahaha (Hero pujaan zaman remaja 😍😍😍)
Sesiapa nak baca buku
aksi ini lah bukunya. Kalau disuruh rate antara CRT, SK, AL dan INAM
1. SK
2. AL
3. CRT
4. INAM
dengan perbezaan mata
0.05 🤣🤣🤣🤣

Comments
Post a Comment