Skip to main content

SAYANG PAPA SAYA TAK? - HANNI RAMSUL

Novel terbaru Hanni Ramsul. Aku siap dapat buku dengan tandatangan, walaupun bukan kepada tu salah nama hahahah (ada aku kesah). 

WEBSITE-SIZE-SPST-

Ginilah cover novel nya.... 
Siapa2 nak baca intro boleh g wattpad - search Hanni Ramsul. 

https://www.wattpad.com/user/HanniRamsul

Kisah Raisya yang bekerja sebagai pengasuh Qalish yang yatim kematian ibu. Namun disebabkan bapanya pun mengabaikan Qalish disebabkan kelarutan dalam kesedihan, Qalish umpama yatim piatu. Kecik sangat Qalish untuk faham yatim or yatim piatu hehehe. Cadangan nenek Qalish, kawinkan papa Qalish iaitu Farish dengan Raisya. 

Farish - watak yang larut dalam kesedihan kematian isteri dan adik kembarnya tidak mampu menerima hakikat bahawa dirinya adalah part of punca kematian isteri dan adik kembarnya. Farish merasakan dirinya bersalah kerana tiada semasa Kasih (isteri) mahu melahirkan anak mereka. Fakhrul (adik kembar) memikul tanggungjawab menghantar Kasih ke hospital dan semasa perjalanan mereka kemalangan dan tidak dapat diselamatkan. Kasih meninggalkan Qalish untuk Farish. 

Cadangan ibu Farish untuk kahwinkan dengan Raisya ditolak mentah2 oleh Farish since dia pun duk sayang giler babi dengan Kasih. Sikap Raisya yang spontan dan agak mata duitan lagilah menyebabkan Farish tak nak. Namun Raisya mampu menjaga Qalish dengan baik. Dan setelah didesak oleh ibunya, Farish bersetuju. Raisya pula bersetuju dengan tawaran RM100k (macam mana tak dikata mata duitan hahaha). 

Cerita ni tak berat, konflik tak pelik2 sehingga menyebabkan aku perlu sumpah seranah hahaha.... Perjalanan dari tak suka kepada suka, kenapa Raisya mata duitan, macam mana Farish kembali ke pangkal jalan, kisah langau yang menyibuk merosakkan rumahtangga. Adalah langau nya, tapi langau tu tahap ko tepuk je lah kikiki lepas tu kiok. 

Saya bagi 3bintang je novel ni - sbb 
1. ya saya seronok baca sbb ringan tak sakit kepala 
2. tapi saya tak teruja sangat nak tahu what's next. maybe sbb kisah standard?? 

walaupun citer standard aku suka je baca hahahaha

Comments

  1. Kenapa eh... Kasih meninggal dunia?? saya terlepas banyak episode sebab haha banyak kerja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEMORI INARA - SARA AISHA Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku. Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni. Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER. Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄 Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagila...

Selepas berkabung???

Lama giler aku tak jenguk blog aku, penuh ngan sarang labah2...  Nasib baik la ingt lagi password, tu pun lepas beberapa Kali cubaan - tak kira la pulak hahah. Mcm biasa hari ni aku menghadap kerja yang tak pernah habis, balik rumah di kala matahari dah tenggelam. Sampai bila la nak habis rutin yang membosankan. 10/1/2014 - Azam tahun baru masih lagi gagal iaitu BALIK ONTIME huhu. Bantai kena gelak je ngn Bos aku bila aku bg tau dia Azam tahun baru aku. Haihhhh.... (Keluhan lagi) nasib baik aku ada novel yang bertimbun. Dapat la aku berangan sambil2 hilangkan kebosanan rutin aku hehe. Mcm nak review novel la pulak kihkih. Akan datang!!!! 

Kenapa Sekarang

Positive again!!! Ya Allah aku belum bersedia. Sungguh2 belum bersedia.... Tapi aku tahu Engkau maha mengetahui atas segalanya. Aku masih berusaha.... Berusaha untuk terima ketetapan Mu ya Allah. Tapi aku insan yang lemah, masih belum mahu redha. Masih ada persoalan "kenapa sekarang?"Susah betul nak pujuk hati. Susah, hingga aku menangis berhari-hari. Masih memikir yang bagai-bagai, yang aneh-aneh, yang bukan-bukan. Kini aku bergantung sepenuhnya pada diri aku. Bergantung sepenuhnya untuk memujuk hati, untuk memujuk tangis yang seperti tidak mahu berhenti. Masih bermain-main mahu menyimpan atau melepaskannya? Ya Allah, bantulah aku menerima segala ketentuan Mu. Aku tidak mahu jadi hamba yang ingkar pada Mu dan suami.