NOVEL
The Unsung Hero
Next melur jelita's baby.
Aku dah start gile melur jelita after MPI dan ILUS. sebelum ni pun dah pernah baca ASST, kebiasaannya bila nampak new Novel written by melur jelita, mmg aku malas beli n baca sbb saiznya obesiti. tapi sebab dah jatuh cinta aku baca jugak hahaha
Kisah: sepupu yang diasuh untuk jadi adik beradik, bermula dengan heroin duduk dengan bapa n mak saudara. Ada saudara dekat yakni mak saudara sorang lagi, dengan anak2 lelaki. Dalam ramai anak lelaki ada sorang tak dapat terima heroin sebagai adik beradik, hero lah tu. tapi tak obvious sgt yang dia tak terima mcm buku sha ibrahim tu.
Kisah nya sangat panjang, ye lah tgk saiz la kan....
Selepas kematian adik beradik dan ibu bapa, irvan menyepikan diri. Pulang selepas 5 tahun dengan rasa cinta dalam jiwa terhadap Maryam. Tapi Maryam ingin sekali kahwin dengan riyaz. Cinta Maryam n riyaz bukan lovy dovy ya....
Maryam lebih kepada ingin keluar dari hidup ayahnya yang terlalu protokol. tapi sayang itu tetap ada, hinggalah tempoh kahwin yang makin mendekat, riyaz hilang semasa operasi. Irvan ditawar menjaga Maryam, dan sesungguhnya pucuk dicita ulam mendatang lah. Setuju walaupun Maryam mungkin marah. Tapi buku yang ingin membawa nilai Islam, janganlah korang harap akan ada pergaduhan laki bini hahahaha
Kisah aku cerita seperti pendek tetapi byk kisah yang ada. Aku tak puas hati dengan ending sbb masih byk yang tak terlerai.
1. Maryam sedar dia mempunyai first Love semasa berumur 17 tahun, tetapi lupa siapakan first Love tersebut, sedangkan first Love itu adalah irvan. Maryam lupa disebabkan telah diubati oleh tok bomoh berikutan kerinduan melampau terhadap irvan menyebabkan dia sakit tak reda, malahan tiada siapa yang tahu punca sakit.
2. Riyaz tak mati - kalau Maryam tahu - irvan pasti mati
3. Mak Maryam - pasti ibu Maryam tidak meninggal dunia, seperti ada rahsia besar berkenaan ibu Maryam.
Buku ni boleh jadi pendek kalau kurangkan ceramah. Tapi since penulis nak berkongsi ilmu itulah panjang jadinya
Comments
Post a Comment