Melatih Ikhlas.... Korang ada masalah tak dgn IKHLAS? Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab tak semudah seperti menderma. Aku masih bermasalah dengan ikhlas terutamanya dengan hubungan. Ikhlas dengan perasaan aku sendiri. Kadang-kadang aku terfikir kenapa susah sangat nak IKHLAS?? Aku masih mahu berkira, aku masih tidak mahu menerima. Nasihat untuk kebaikan pun susah nak terima, sbb aku tak sudi dengan kata lain aku tak ikhlas pun nak telan nasihat bagai. Apa sebab? Mungkin sebab aku dah lalai, alpa, cas2 aku dah bagus. Aku cuba terima hakikat, pujuk hati lebih ikhlas memberi dan menerima tapi kadang2 aku sakit, aku biarkan semua, aku telan semua, dgn niat mahu IKHLAS tapi lama2 aku sakit. Sakit yang boleh bawak aku jauh, yang bawak aku sendiri hadapi hidup tanpa mahu berkongsi. Apa sebenarnya... EGO kah aku? Oh IKHLAS aku perlukan kamu... Aku perlukan untuk hidup bersama dengan orang yang aku sayang... Orang yang buat aku tidak IKHLAS, yang buat aku mengimbau nasib kalau bukan begini pastilah begitu. Ya Allah jauhkan sifat tidak ikhlas dan ego yang setinggi gunung dalam diri aku. Penuhi la dadaku dengan perasaan kasih dan sayang.
MEMORI INARA - SARA AISHA Novel from SA memang standard jatuh pada kategori wajib baca untuk aku. Kali ni SA ketengahkan plot yang semestinya lain dari sebelum-sebelum ni. Novel MI bagi aku, markah akan lebih berbanding novel MONSTER. Gaya penulisan tak yah cerita, kalau peminat novel melayu, pasti akan ada rasa kekaguman sebab setiap ayat dalam novel memang mampu membuatkan pembaca berada di tempat kejadian. Kiranya nak cakap, kita akan rasa real lah!! 😄😄 Isi cerita pulak: sudah semestinya lain dari novel-novel sebelum ini. Bila baca novel SA, memang akan sentiasa rasa macam ada penulis baru (i.e bukan SA) sebab plot cerita, konsep memang berbeza. Kenapa? sebab aku sebagai pembaca boleh baca sesetengah penulis ada kebiasaan or ada trend tersendiri; contohnya jenis yang suka buat plot benci lepas tu suka atau jenis benci suka benci suka atau konsep kahwin paksa rela and jatuh cinta atau konsep ada siasat2, or jenis heroin jenis sempoi.... dan macam-macam lagila...
Comments
Post a Comment